Masalah Kehidupan;
Saya sering berhadapan dengan situasi dimana saya boleh memberi kemaafan kepada orang lain tetapi saya merasa susah untuk menenangkan hati, hati masih terasa sakit, rasa kecil hati bila mengenagkan apa yang berlaku. Mohon pandangan Team usrahrasahati.
Team Usrahrasahati memberi pandangan;
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Terima kasih atas soalan dan kesediaan bersama team usrahrasahati
Cadangan yang dikemukakan memang amat baik, insyaallah sekiranya kami berkemampuan kami akan melakukannnya,
Adanya perasaan kecil hati menandakan kemaafan yang kita berikan kepada orang lain tidak sempurna atau boleh dikatakan kemaafan hanya pada lisan sahaja belum lagi kemaafan dali lubuk hati atau hati nurani. Kemaafan yang sebenar ialah apabila tidak ada sebarang ingatan atas kesalahan yang dilakukan oleh orang yang kita maafkan. Delete terus dari memori kita tentang kesalahan orang lain. Anggap ia tidak pernah berlaku dan kita mulakan dairi baru bersamanya.
Bercakap memang mudah, tetapi itulah hakikat yang perlu dipenuhi, so, berlatihlah memaafkan orang lain, berlatih berulang kali boleh memdidik jiwa menjadi pemaaf dan mudah bergaul dengan orang lain. Ingat dua perkara dan lupakan dua perkara;
Ingat ... kesalahan-kesalahan kita jangan sampai kita buat kesilapan berulang, ingat.. kebaikan orang lain kepada kita ingat nikmat Allah kepada kita terlalu banyak nikmat yang Allah beri kepada kita. Allah pun boleh terima taubat hamba takkan kita yang lemah ini tak boleh beri kemaafan kepada orang lain.
Lupakan.... lupakan kabaikan kita yang tak seberapa ini, dan lupakan kejahatan orang lain terhadap kita,
Insyaallah kita akan menjadi orang yang pemaaf, orang yang lembut hati dan orang yang mudah merasai kesusahan orang lain.
Sekian,
Team usrahrasahati.

Assalamualaikum wbt.
Saya ambil sepotong pernyataan dari soalan masalah kehidupan yakni "rasa kecil hati bila mengenangkan apa yang berlaku." Pada hemat saya, selagi kita sentiasa mengenangkan segala macam musibah dan pengalaman kurang enak tersebut, maka rasa gundah gulana tidak akan meluput dari hati.
Latihan melaksanakan "to forgive and to forget" dan "life must go on" perlu menjadikan sebahagian dari agenda hidup selaras dengan seruan junjungan kita Rasulullah SAW. Hatta Saidina Ali RA dalam suatu kejadian di medan perang, beliau tidak jadi membunuh musuh lantaran sekelumit rasa marahnya pada musuh. Sesungguhnya segala sesuatu itu pasti kembali kepada Allah SWT jua satu hari nanti. Ianya pasti dan bukan kemungkinan lagi. selamat berjuang. wallahua'alam.
assalamulaikum
saya juga pernah melalui masaalah yang sama namun kita harus sedar bahawa apa apa yang berlaku pada kita adalah ketentuan allah dan yang pasti ada hikmah nya. cuma kadang kadang kita tak perasan . kalau kita selalu berbaik sangka dengan Allah dan muhasabah diri . Insyallah Allah akan campakkan rasa ketenangan dan dapat memaafkan orang lain.
wallahu'alam
saya yakin dan benar-benar menyakini bahawa segala kejadian dan musibah telah tertulis sejak azali ...semua dalam engetahuan tuhan yang mencita sekalian alam...Allah berfirman bahawa segala musibah dan bencana telah ditetapkan berlaku dalam kehidupan kita hatta sehelai daun jatuh pun tidak berlaku melainkan dalam engetahuan Allah swt......cuma saya ingin melontar ertanyaan adakah perbuatan seseorang islam membunuh diri sudah termaktub dalam takdir hidupnya bahawa seseorang itu mati dengan membunuh diri...disini adakah pilihan manusia itu memainkn eranan dalam menentukan nasib hidupnya..walhal terfikir oleh saya kadang-kala bukan itu juga kemahuan dirinya yang mutlak...bagaimana andangan ikhwan sekalian...wassalam