"Usrah Rasa Hati"...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Untuk perkongsian dan usrah yang lebih berkesan kami telah mewujudkan web site khas untuk anda. segala bahan usrah yang terbaru anda boleh mendapatkannya di laman tersebut. 

Anda juga boleh mendengarkan streaming radio ikim.fm secara live di web tersebut. sila klik bahagian  dengar radio untuk mendengar.

Istimewa untuk anda, tidak lama lagi anda boleh muat turun rakaman rancangan usrah rasa hati untuk simpanan anda.  rakaman ini sedang didalam proses muat naik ke dalam web site terbaru.

Dengan segala hormatnya Anda dijemput ke www.usrahrasahati.com semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.

jazzakallah

team usrahrasahati.com

www.usrahrasahati.com

"Usrah Rasa Hati"...

Keseimbangan amat penting dalam kehidupan seorang muslim . Islam mewajibkan setiap individu menunaikan hak dan kewajipan yang terpikul di atas bahunya samada kewajipan terhadap tuhannya ( Allah ), terhadap dirinya sendiri dan terhadap keluarganya.


Rasulullah saw menegaskan dalam sebuah hadis;


عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ آخَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ سَلْمَانَ وَأَبِي الدَّرْدَاءِ فَزَارَ سَلْمَانُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فَرَأَى أُمَّ الدَّرْدَاءِ مُتَبَذِّلَةً فَقَالَ لَهَا مَا شَأْنُكِ قَالَتْ أَخُوكَ أَبُو الدَّرْدَاءِ لَيْسَ لَهُ حَاجَةٌ فِي الدُّنْيَا فَجَاءَ أَبُو الدَّرْدَاءِ فَصَنَعَ لَهُ طَعَامًا فَقَالَ كُلْ قَالَ فَإِنِّي صَائِمٌ قَالَ مَا أَنَا بِآكِلٍ حَتَّى تَأْكُلَ قَالَ فَأَكَلَ فَلَمَّا كَانَ اللَّيْلُ ذَهَبَ أَبُو الدَّرْدَاءِ يَقُومُ قَالَ نَمْ فَنَامَ ثُمَّ ذَهَبَ يَقُومُ فَقَالَ نَمْ فَلَمَّا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ قَالَ سَلْمَانُ قُمْ الْآنَ فَصَلَّيَا فَقَالَ لَهُ سَلْمَانُ إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَ سَلْمَانُ (رواه البخاري)


Maksudnya; Diriwayatkan dari A'un bin Abi Juhaifah bahawa Rasulullah saw mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda'. Suatu ketika Salman melawat Abu Darda' dan melihat Ummu Darda' dalam keadaan bersedih lalu Salman bertanya kepadanya " Kenapa dengan kamu? Lalu ia menjawab " Saudaramu Abu Darda' tidak mahukan dunia. Kemudian Abu Darda' menhidangkan makanan lalu Salman menjemput Abu Darda' makan bersama lalu dia menjawab" aku berpuasa". Salman berkata "aku tidak akan makan sehingga engkau makan bersama" lalu ia makan bersama. Apabia malam menjelang, Abu Darda' bangun beribadah lalu Salman berkata " pergilah tidur" lalu ia tidur. Kemudia ia bangun beribadah semula lalu Salman sekali lagi menyuruhnya tidur. Apabila di akhir malam Salman mengejutkannya mengajak bersembahyang dan kedua-duanya bersembahyang. Setelah itu Salaman berkata kepadanya " sesungguhnya engkau mempunyai kewajipan terhadap tuhanmu, dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap dirimu dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap keluargamu. Maka tunaikanlah hak kepada setiap yang berhak. Maka diceritakan kepada Nabi saw peristiwa tersebut lalu Nabi saw bersabda" Benarlah apa yang dilakukan oleh Salman".


Pengajaran Hadis;


  1. Setiap individu perlu menasihati saudara seagamanya apabila mereka melakukan suatu kesilapan.
  2. Seorang muslim dalam melaksanakan tuntutan ibadah tidak boleh melakukannya secara keterlaluan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
  3. Keseimbangan dalam kehidupan perlu ada dari sudut ibadah, masa berehat dan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.
  4. Kesibukan dalam urusan dunia tidak sepatutnya menjadi sebab sehingga seseorang tidak punya waktu untuk bersama keluarga dan tidak punya masa untuk beribadah. Begitu juga sebaliknya tuntutan bersungguh-sungguh beribadah tidak bermaksud sehingga meninggalkan tanggungjawab yang lain.
  5. Kefahaman terhadap ajaran Islam yang sebenar amat penting untuk menjadikan kehidupan seseorang itu seimbang antara tuntutan dunia dan tuntutan akhirat serta mendapat kebahagiaan didunia dan Akhirat

"Usrah Rasa Hati"...

Firman Allah swt;

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا


Maksudnya; Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan seimbang agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. Al-Baqarah (143 ).


Apakah ukuran keseimbangan antara dunia dan akhirat ? adakah seimbang bermaksud 50 akhirat dan lima puluh dunia ?


Sesungguhnya keseimbangan Islam berkaitan dunia dan akhirat tidak boleh dilihat dengan nombor dan bilangan tetapi melihat keseimbangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dalam Islam tidak ada pemisahan antara dunia dan akhirat bahkan kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain.


Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara urusan dunia dan urusan akhirat. Semuanya adalah urusan agama yang ada nilaiannya diakhirat nanti. Manusia mesti melakukan urusan keduniaan menepati dasar-dasar Islam. Ibadah kepada Allah tidak boleh dikhususkan kepada ibadah khusus berkaitan hubungan dengan Allah sahaja seperti sembahyang zikir dan lain-lain, tetapi ia merangkumi semua ibadah umum seperti berkerja, melaksanakan amanah dan tanggungjawab, dakwah dan jihad, ekonomi dan kenegaraan.


Untuk mendapatkan keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat hendaklah mengikut pertunjuk syariat Islam yang menjadi dasar kehidupan dan cara hidup ( al-Din ) manusia. Apabila kita mengabaikan tuntutan syariat Islam maka akan berlaku ketidak-seimbangan dalam kehidupan manusia.


Sabda Rasulullah saw;

عن أنس بن مالك ، يقول : جاء ثلاثة رهط إلى أزواج النبي صلى الله عليه وسلم يسألون عن عبادة النبي صلى الله عليه وسلم ، فلما أخبروا بها كأنهم تقالوها ، فقالوا : « أين نحن من النبي صلى الله عليه وسلم ، وقد غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر ؟ » فقال أحدهم : أما أنا فأصلي الليل أبدا ، وقال الآخر : « أنا أصوم الدهر فلا أفطر » وقال الآخر : « أنا أعتزل النساء ولا أتزوج أبدا » فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : « أنتم الذين قلتم كذا وكذا ، أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له ، لكني أصوم وأفطر ، وأصلي وأرقد ، وأتزوج النساء ، فمن رغب عن سنتي فليس مني »


Daripada Anas Bin Malik, Tiga orang lelaki datang berjumpa Isteri-isteri nabi bertanyakan tentang ibadah Nabi saw, apabila diceritakan, mereka berkata sesama sendiri “ Dimana kita nak dibandingkan dengan Nabi saw, Allah swt telah mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan akan datang” Lalu salah seorang daripada mereka berkata “ Aku akan solat malam selama-lamanya” dan yang kedua berkata “Aku akan berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka” dan yang ketiga berkata “Aku akan tinggalkan perempuan dan tidak akan berkahwin selama” Lalu Rasulullah saw datang dan bertanya adakah kamu yang berkata demikian? Ingatlah Demi Allah Aku adalah yang paling takut dikalangan kmu kepada Allah dan paling bertaqwa kepadanya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan aku tidur, dan aku mengahwini perempuan..!! Maka sesiapa yang bencikan sunnah aku maka ia bukan daripada umat ku.


Contoh keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat;

1. Sembahyang dan berkerja; Tidak mengabaikan kewajipan sembahyang pada waktu yang ditetapkan walaupun sibuk bekerja.

2. Mengumpul harta diseimbangi dengan membayar zakat dan tidak melakukan pembaziran.

3. Berehat dan beribadah, ruangkan sedikit masa dimalam hari untuk beribadat yang sunat.

4. Keseimbangan dalam ibadah puasa dan makan, puasa diwaktu siang sahaja dan malam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang dilarang.

5. Keseeimbangan dengan memahami fiqh ualawiyyat, mendahulukan yang wajid dari yang sunat, mendahulukan menolak kemudharatan dari mengambil maslahah.

6. Dalam perniagaan dibenarkan jual beli tetapi diharamkan riba dan penipuan.


Islam menolak tanggapan tidak perlu kepada dunia untuk semata-mata beribadah kepada Allah swt, tetapi sekiranya seseorang itu sudah cukup dunianya untuk keperluan dirinya dan orang yang dibawah tanggungannya maka tidak menjadi kesalahan untuk menumpukan kepada ibadah kepada Allah swt sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sufi yang sebenar.


Sekiranya seseorang meninggalkan urusan dunia, sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak, tanggaungjawab kepada dakwah dan masyarakat, mengabaikan tanggungjawab terhadap Negara dan ummah sehingga ummat Islam menjadi lemah dan hina, maka ia bukanlah ajaran Islam dan ia telah melakukan ketidak seimbangan dalam urusan agama.


Kesimpulan.


Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan antara dunia dan akhirat ialah apabila kita dapat melaksanakan tuntutan syariat Islam samada dalam bentuk yang wajib atau sunat, tinggalkan perkara yang dilarang samada yang haram dan makruh. Seseorang yang komited dengan ajaran agama Islam adalah orang yang seimbang, seimbang dalam semua perkara samada urusan dunia mahupun akhirat. Orang yang mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat.

"Usrah Rasa Hati"...

Mendamba Cinta Allah

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam doanya:

اللهم إني أسألك حبك ، وحب من يحبك ، والعمل الذي يبلغني حبك ، اللهم اجعل حبك أحب إلي من نفسي وأهلي ومن الماء البارد

Imam Ibnu Qayyim; Cinta Allah adalah perasaan dalam diri berkaitan dengan amalan hamba dan ketinggiaan darjat amalan pula sangat berkaitan dengan ketulusan dan kebersihan hati semata-mata kerana Allah swt.dan disitulah cinta ilahi berlabuh dan bertahta dihati hamba. Itulah cinta yang hakiki, cinta sebenar kepada Allah, cinta yang membawa ketenangan dan kebahagian sebanar.

Jalan-jalan menuju cinta Allah;

1. Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar

2. Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah fardhu dan sunnah. Golongan yang dicintai Allah.

3. Sentiasa ingat kepada Allah dalam apa jua keadaan, ketika duduk, berdiri mahupun berbaring.

4. Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri.

5. Mengenal dan melihat kebesaran Allah swt dengan pandangan mata hati dengan sentiasa merasakan kebesaran Allah swt.

6. Menyedari, menginsafi dan menghayati bertapa besar dan banyak nikmat Allah yang diberikan.

7. Sentiasa tunduk dan khusyuk kepada Allah bukan sahaja dalam solat tetapi dalam segala urusan hidup.

8. Menyendiri diwaktu sunyi bermunajat dan mengadu kepada Allah swt.

9. Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah.

10. Menjauhi sebab-sebab yang menghalangi komunikai kalbu dan Al-Khaliq, Allah subhanahu wataala.

Orang-orang yang disayangi Allah swt;

1. وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (البقرة (195)

2. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ ( البقرة:222)

3. وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ (ال عمران:146)

4. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ (ال عمران:159)

5. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (المائدة:42)

Munajat Rabiatul Adawiyyah;

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

“Kekasihku, tidak menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Dalam hati tiada yang lain melainkan Dia, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan diriku tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah alpa dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”