Hati yang sakit mengakibatkan pandangan dan tanggapan hati terhadap sesuatu tidak betul. Hati yang sakit menyebabkan kebenaran tidak dapat dilihat walaupun ianya merupakan satu kebenaran, hati yang sakit melihat kebatilan sebagai satu kebenaran, atau ia melemahkan pemahamannya terhadap sesuatu kebenaran lalu mematikan hatinya untuk menerima kebenaran.
Hati yang sakit menyebabkan hati membenci kebenaran yang memberi kebaikan kepadanya. Hati yang sakit menyukai kebatilan sedangkan kebatilan itu akan memudaratkannya. Hati yang sakit juga tidak tahu memilih antara kebenaran dan kebatilan, akhir cenderung kepada kebatilan kerana mengikut hati dan perasaan.
Justeru orang yang hatinya sakit sukar untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan. Apabila melihat sesuatu dia akan melihat manusia yang melakukan atau kejadian semulajadi, lupa bahawa Allah swt yang sebenarnya menjadikan tiap sesuatu. Apabila ditimpa bala dan bencana, mereka melihat manusia yang menyebabkan bala bencana tetapi mereka tidak nampak ia merupakan qada' dan qadar dari ilahi.
Berbeza dengan orang yang hatinya sihat dengan cahaya keimana, mereka melihat semua perkara ada hikmahnya dan ditentukan oleh Allah swt, pasrah dan redha menjadi hiasan hati, kehidupan yang bahagia sentiasi dimiliki.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن
Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusannya baik, apabila mendapat nikmat kesenangan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.
Kebiasaannya orang yang hatinya sakit tidak merasa tenang, tidak merasa bahagia walaupun dikelilingi berbagai nikmat dan kemewahan, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, kebiasaannya membuat sesuatu diluar dari kewajaran dan rasional. Hatinya penuh dengan macam-macam penyakit hati menyebabkan sakitnya bertambah parah.
Sebab-sebab hati sakit;
1.Lupakan Allah, lupa dari mengingati Allah, lupa bahawa Allah tidak alpa dari apa yang dilakukan oleh manusia, lupa bahawa Allah lah yang menentukan segalanya, lupakan Allah kerana kurang mengingati Allah, dan hati lebih terikat kepada perkara-perkara yang disukai selain Allah.
2.Lupakan perintah-perintah Allah kerana tidak suka kepadanya, mengutamakan keseronokan dan hatinya sentiasa terikat dengan dorongan nafsu syaitan.
3.Lupakan hari kiamat, tidak mengingati mati, kurang mengingati dosa dan pahala, kurang mengingati hari pembalasan, syurga dan neraka
Apabila ketiga-tiga sebab tadi terangkum dalam hati manusia maka beratlah untuk melakukan ibadah, sebaliknya ringan pula untuk melakukan dosa dan maksiat, mengutamakan urusan dunia dan meninggalkan urusan berkaitan akhirat, mendahulukan keinginan nafsu dan mengambil ringan perintah Allah, melampaui batasan-batasan agama, menjadi orang yang zalim dan mendahulukan keinginan diri dari kehendak Allah
Perkara-perkara yang boleh merosakkan hati;
1.Jahil agama.
2.Pergaulan dengan orang-orang yang hatinya sudah rosak, hatinya mati dan menjadikan mereka sebagai teman.
3.Suka berangan-angan dan berkhayal tentang sesuatu yang tak kan dapat dicapai.
4.Bergantung dengan selain daripada Allah swt.
5.Banyak makan dan sentiasa memikirkan tentang makanan, tidak menghiraukan halal haram dalam urusan makanan.
6.Banyak tidur, orang yang banyak tidur mensia-siakan masa, pelupa dan pemalas

Boleh tak saya petik artikel dan guna dalam blog saya? Bagaimana pulak dengan orang yang mengetahui tapi kadang-kadang cara bercakap tak menggambarkan ilmu di dada. Penyakit hati jugak ke?
salam
boleh x dicatatkan kmbali di dlm blog ni jwpn2 & juga soalan2 pemanggil ketika rncangan usrah ini ke udara? sy juga amat berharap jwpn kpd soalan pemnggil yg de mnanyakan soalan ttg wpun dia sudah memaafkan kesalahan org lain, tp kdg2 tu msih wujud lg rs kecik ati sb sy juga mpunyai mslh ini tp x smpt nk dgr dgn teliti ktka jwpn diberikan
assalamualaikum..
sy tertarik dgn penggunaan peribahasa melayu pemanggil kedua (haji abdul halim rasanya). tapi ada beberapa peribahasa yang saya tertinggal. if possible, boleh tolong upload-kan..?
Salam,
Ingin saya berkongsi dialog hati yg dipetik dari kata2 Imam Ghazali.
"Siapakah anda? dan dari manakah anda dtg? Kemana anda pergi, apa tujuan anda dtg lalu tinggal sejenak disini, serta di manakah KEBAHAGIAAN anda dan KESEDIHAN anda yg sebenarnya berada? Sebahagian sifat anda adalah sifat-sifat binatang, sebahagian yg lain adalah sifat-sifat syaitan dan selebihnya sifat-sifat malaikat. MESTI anda temukan, mana diantara sifat-sifat ini yang bercambah dlm diri anda dan mana yg tertanam teguh dlm diri anda. Sebelum anda ketahui hal ini, tak akan bisa anda temukan letak KEBAHAGIAAN anda yg SEBENARNYA."
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan usrah yang sentiasa bersama berusrah, memberi respon, pandangan dan berkongsi ilmu dan maklumat, sama diudara mahupun diblog ini.
Harapan kami semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah dan usrah diudara dan blog ini menjadi sebab dan wasilah untuk kita sama-sama memperbaiki diri seterusnya mendapat kredhaan Allah swt.
Segala bahan yang ada dalam blog ini tidak ada hakcipta terpelihara justeru mana-mana yang boleh diambil faedah lakukanlah.
Berkaitan persoalan yang memerlukan jawapan dari kami insyaallah kami akan kumpul dan jawab sekali selapas hari ahad setiap minggu insyaallah.
Terima kasih dan dalam ukhuwwah dari Tean Usrahrasahati.
Saya rasa elok diletakkan sekali rakaman audio usrah di IKIM kerana kupasan2 yang diberikan oleh ahli2 usrah lebih menyentuh rasa dari setakat kuliah bacaan begini.
saya harap sangat cadangan ini dipertimbangkan oleh pihak Ir Ahmad Jais sebab saya kira ramai dari kami yang tidak berkesempatan mengikuti usrah secara langsung. saya pun baru semalam mendengar usrah di IKIM dan usrah itu sangat baik dan menyentuh perasaan.
teruskan usaha yang baik ini dan mintaklah sangat Ir Ahmad letak rakaman audio di sini. Bukan setakat yang mengunjungi laman ini dapat manfaat, boleh pula kami kongsi2kan usrah tersebut dan memanjangkan lagi saham kepada penganjur dan ikim sendiri.
Terima kasih.
Assalamualaikum wbt...
Alhamdullilah syukur kepada Allah kerana mendorongkan saya kepada laman ini dan mendengar ikim... Selama ini saya tercari-cari ilmu tentang hati untuk saya keluar dari kejahilan saya... yang saya kira ianya adalah juga merupakan jihad.
Moga saya dapat benar-benar membersihkan hati saya dan terus mendapatkan hidayah taufik dariNya dan bukan sekadar hidayah Irsyad... lebih-lebih Allah menghantarkan kad jemputanNya ke rumahNya bersama keluarga dalam bulan Mei ini.Saya ingin benar-benar ikhlas sebelum berangkat ke rumahNya. Insyaalah, moga doa dan sokongan dari rakan-rakan usrah membantu saya. Wasalam dan tahniah..
Salam,
Saya memberi sokongan penuh atas cadangan dr saudara Mukhlis fiddeen. Manfaatkanlah teknologi yg sedia ada utk sama2 kita maju bersama ISLAM addeen.
Semoga pihak tertentu dpt membuat pertimbangan.
Terima Kasih.