"Usrah Rasa Hati"...
Hati yang sudah mati ialah hati tidak berfungsi sebagaimana fitrahnya hati itu dijadikan. Fitrah kejadian hati ialah untuk menerima aqidah dan keimanan kepada Allah swt. Hati yang mati telah ditutup dan dihijab oleh Allah swt daripada menerima iman dan hidayah Allah swt. Hati diselubungi dan dikuasai oleh hawa nafsu syaitaniah yang sentiasa mendorong manusia untuk melakukan dosa, maksiat dan kejahatan.

Apabila hati sudah tidak berfungsi, maka hawa nafsulah yang menerajui kekuasaan hati, Justeru kehidupan mereka bergelomang dengan dosa dan maksiat. Kehidupan mereka penuh dengan kesombongan dan ketakabburan. Kehidupan mereka tiada panduan, apa yang mereka lakukan berdasarkan kepada perasaan. Mereka berada dalam kesesatan dan kedurjanaan sedangkan mereka tidak menyedari kesesatan dan kedurjanaan yang mereka lakukan disebabkan hati mereka sudah mati dan tertutup.

Firman Allah swt;

الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آَيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آَمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ (35)) [غافر:

Maksudnya; Dan orang-orang yang menyanggah ayat-ayat Allah tanpa mendatangkan bukti, kemurkaan amat amat besar disisi Allah swt dan orang-orang yang beriman. Begitulah Alllah menutup hati yang sombong dan takabbur.

Ciri-ciri hati yang mati.

Orang yang hatinya mati ialah orang yang tidak menerima iman dan hidayah Allah swt. Itulah orang-orang kafir dan musyrik yang dimurkai Allah swt. Justeru antara sifat-sifat orang yang hatinya telah mati ialah seperti berikut;

1. Menolak keimanan kepada Allah swt dan Rasulnya serta perkara-perkara yang wajib diimani sebagai orang Islam.
2. Menyekutukan Allah swt .
3. Menolak ajaran Islam dan memilih kekufuran.
4. Tidak ada perasaan rasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
5. Menjadikan akal dan fikiran dan logik semata-mata dalam membuat penilaian dan keputusan.
6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup mereka.
7. Tidak mempercayai dosa dan pahala serta kehidupan alam akhirat.
8. Sentiasa melakukan penindasan dan kezaliman di atas muka bumi.
9. Tidak mengenal halal dan haram dalam kehidupan mereka.

Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari hati yang mati, hati yang tidak mengenaliMu ya Allah, hati yang jauh dari hidayahMu ya Allah.
4 Responses
  1. ABC123 Says:

    JazakAllah atas do'a di atas.


  2. Tanpa Nama Says:

    assalamualaikum...
    saya seorang pelajar perempuan di sebuah ipta di msia.saya ingin bertanya kepada team usrah IKIM,adakah mempunyai teman istimewa merupakan salah satu tanda hati yang rosak?Kami tidak berjumpa,tapi hanya berhubung melalui telefon.Kami tidak memikirkan apa2 lagi berkaitan alam perkahwinan.Tp,ada berniat kearah itu.Bagaimana dgn situasi saya ni?Adakah saya sedang melakukan perkara berdosa?


  3. waalaikumslm wbt.. sbg perkongsian kpd pertanyaaan saudari zafran. ana syorkn saudari melayari web site http://www.saifulislam.com untuk penjelasan yg lebih mendlm dlm hal2 seumpama ini. dibawah tajuk teori evolusi cinta,conta tidak bergolek, dan bercinta sehingga ke syurga. moga saudari dpt manfaatnya....


  4. haiza khamis Says:

    assalamualaikum ustaz.
    saya seorg isteri,telah berkawin selama 1thn setgh.kami berkahwin atas dasar cinta yang dibina selama 6tahun.
    sya mengandung semasa perkahwinan kami masuk bulan ke-5.
    untuk makluman ustaz,saya seorang yang keras kepala,degil dan sukar dilentur.saya kerap kali melawan kata suami,dan seringkali tidak mendengar ape yang dikatakan oleh suami. saya seorg yang suka membebel+asik mengingatkan suami bermcm2 perkara termasuk solat]
    sewaktu saya mengandung,kami tidak tidur sebilik[suami berkerja shift,dan kerap pulang lewat pagi].alasan yang diberikan,tidak mahu mengganggu tidur isteri.
    sepanjang 9bulan,kami sering bertengkar-boleh dikatakan setiap hari.pada bulan ke6,saya telah menjumpai satu sms-berbaur sayang dr suami saya kepada staffnya.apabila ditanya,dia menafikan.dia hanya mengatakan itu hanyalah gurauan buat saya semata2[utk menilai samada saya syg padanya kerana pada waktu itu,saya sudah lagi tidak menegur perbuatannya].ketika membaca sms itu,saya amat marah,dan hampir2 dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah terlalu tinggi.
    masa berlalu,sekarang anak saya berusia 5bulan.
    2mgu lepas[selepas beberapa kali ibu mertua saya memberitahu dia membaca sms anaknya-kepada gadis tersebut-termasuk ketika saya dlm pantang+sibuk menjaga anak ketika masuk hospital[demam panas],hati saya bertambah sedeh dan panas.
    pada ketika itu,apabila ditanya,suami menyatakan dia sudah tidak ada hati pada saya. hatinya sudah keras.sudah kosong. dia hanya menganggap saya sebagai ibu pada anak kami.hati saya hancur+berkecai mendengarnya.

    2hari kemudian,sya telah meminta maaf+merayu supaya diberi peluang utk berubah.smgu kemudian,die menyatakan sekali lagi ape yang dirasanya.

    suami saya terlalu keras hati+saya berdoa+berusaha+tawakal agar ALLAH lembutkan hatinya supaya menerima saya kembali.
    apa pandangan ustaz?harap ustaz dapat membantu.


Catat Ulasan