"Usrah Rasa Hati"...
Diudara pada 11/3/2009


Hati yang merajai dan memimpin anggota manusia terbahagi kepada tiga jenis;Hati yang sejahtera ( qalbun salim ), Hati yang sakit ( qalbun saqim) dan hati yang mati ( qalbun mayyit )

Hati yang sejahtera ( qalbun salim )

Firman Allah swt;
(يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89) [الشعراء: 88، 89].

Maksudnya; Pada hari itu harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali mereka yang dating kepada Allah dengan hati yang sejahtera.

Hati yang baik di dalam ayat di atas bermaksud orang yang meninggal dunia dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt, akhir kehidupannya dapat mengucap kalimah syahadah, kehidupan mereka di akhirat nanti akan mendapat kebahagiaan dan keredhaan Allah swt. Itulah kesudahan bagi mereka yang memiliki hati yang baik ( qalbun salim ). Ya Allah anugerahkanlah kami hati yang sejahtera, hati yang baik yang dapat memimpin kami ke jalan yang yang Engkau radhai.

Antara ciri-ciri hati yang sejahtera;
  • Sentiasa mengingati Allah swt dalam apa jua keadaan, ketika berdiri, duduk mahupun ketika berbaring, lidahnya sentiasa basah mengingati Allah swt.
  • Sentiasa membaca al-Quran dan mentadabburkan makna-maknanya.
  • Sentiasa peka dengan kewajipan-kewajipan yang ditaklifkan serta menunaikannya dengan cara yang paling sempurna.
  • Sentiasa berhati-hati terhadap larangan-larangan agama dan menjauhkannya.
  • Sentiasa bermuhasabah diri dan segera bertaubat kepada Allah swt.
  • Berperibadi dengan akhlak yang mulia.
  • Sentiasa berbaik sangka dan menjauhkan dari berburuk sangka, hasad dengki dan semua sifat-sifat mazmumah dalam hati.
  • Sentiasa bersyukur kepada Allah swt dan redha dengan ketetapan ilahi.
7 Responses
  1. Tips dah ada CARA dia macam mana ya?


  2. Assalamualaikum! Sedang mendengar radio sangat mendidik jiwa. tapi bagaimanakah mengekalkan hati yang salim ini kerana ada masa "terlepas" juga. Susahnya mendidik dan mendakwah diri sendiri.


  3. Tanpa Nama Says:

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

    Saya yang jahil lagi hina ini ingin berkongsi pengetahuan dengan rakan - rakan usrah.

    Ubat Hati

    Ubat hati ada lima perkaranya,
    Yang pertama baca Quran dan maknanya,
    Yang kedua solat malam dirikanlah,
    Yang ketiga berkumpul lah dengan orang soleh,
    Yang keempat berbanyak lah berpuasa,
    Yang kelima zikir malam berpanjang lah,
    Salah satunya siapa bisa menjalani,
    Moga - moga Allah Ta'ala mencukupi.

    Saya ambil dari petikan lirik lagu Tombo Hati dendangan Opick. Moga - moga Allah mengurniakan kita kebersihan hati dan akal, insya Allah.

    Salah silap atas komen yang saya berikan diharap sahabat - sahabat usrah tegur kan.


  4. NIEZA Says:

    Salam... Apa yang dinyatakan mengenai ubat hati itu benar.. Yang penting bermula dengan yang ringan tetapi berterusan dan di upgrade dari masa kesemasa. "Terlepas" itu adalah memang kelemahahan kita. Hanya ingin berkongsi pengalaman yang sering saya lakukan adalah membaca yassin dan mohon pada Allah untuk buang sifat mazmumah pada ayat "salamun kaulan ....." 3 kali. Zikir harian pada situasi apa pun maksud saya dalam hati senantiasa menyebut zikir walaupun kita sedang tuntun tv, memandu dsbnya.


  5. esok dengar khabarnya kumpulan OPIC ada di UIA, live show


  6. ziii Says:

    salam sahabat,

    kelmarin ada dengar usrah..ada seorg panel usrah ckp ada 2 do 2don't..tk ingat siapa panelis tu..bole terangkan apa 2 do&don't tu?

    terimakasih.
    mdrz


  7. Unknown Says:

    saya copy artikel ini.
    izinkan yea.


Catat Ulasan