السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat bertemu di dalam usrah rasa hati semoga rakan-rakan usrah sentiasa mendapat limpahan rahmat dari ilahi dan dianugerahkan dengan hati yang baik seterusnya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Laman blog ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada para pendengar radio IKIM mengikuti siri usrah rasa hati yang disiarkan setiap hari rabu 06.15 petang setiap minggu. Laman ini juga memberi ruang kepada rakan-rakan usrah untuk berinteraksi dengan team Usrah Rasa Hati. Satu proram baru yang telah diadakan bersama Pengarah radio IKIM , IR. Ahmad Jais.
Program ini berasaskan kepada program pengisian ilmu, tetapi diketengahkan kepada pendengar melalui format usrah untuk menjadikannya sesuatu yang dekat kepada para pendengar.
Perbincangan-perbincagan yang dilakukan menjurus kepada persoalan hati yang menjadi tunjang kepada perlakuan dan tindakan manusia seterusnya dikaitkan dengan kehidupan semasa dan cuba merungkai permasalahan-permasalahan tersebut dan mencari penyelesaiaannya.
Pihak penganjur mengharapkan program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para pendengar khususnya dalam mendidik hati supaya menjadi hati yang baik, hati yang sejahtera, hati yang selamat, akhirnya mendapat keredhaan Allah swt. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih berharga dan bernilai dalam kehiudpan ini selain mendapat keredhaan Allah swt.
Harapan kami juga semoga program ini dapat memberikan cadangan-cadangan penyelesaian kepada para pendengar bagi menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupan seharian mealalui pendekatan hati.
Kami menyedari kami bukanlah yang terbaik dalam membincangkan persoalan hati, Justeru kami mengharapkan input-input, cadangan, teguran dan pandangan rakan-rakan usrah di mana sahaja mereka berada untuk dikongsi bersama.
Kepada rakan-rakan usrah yang sudi memberikan komen dan pandangan dan berinteraksi dengan kami, kami, team usrah rasa hati radio IKIM amat menghargai dan mengalu-alukan. Sila hantar komen dan pandangan anda di laman blog ini atau terus ke email usrah rasa hati di alamat usrahrasahati@gmail.com
Salam hormat dari kami,
Team Usrah Rasa Hati.

salam...
sungguh cantik diadakan usrah dlm Ikim.fm...buleh juga ana berkongsi maklumat dan manfaat yang dibincangkan dengan kawan-kawan usrah ana yang lain...
cuma ada satu cadangan, rungkaikan kembali istilah 'hamba Allah'. benar kita ada hamba Allah, tapi adakah kita ini hamba Allah yang dituntut atau hanya hamba Allah yang kita rasa. maksud saya, adakah kita menggelarkan kita hamba Allah kerana kita ikut landasan yang telah ditetapkan oleh 2 pegangan iaitu al-Quran dan sunnah. ataupun kita gelarkan diri kita sebagai hamba Allah mengikut rasa kita. walaupun kita tidak mengikut landasan yang ditetapkan, kita masih berani menggelarkan diri kita hamba Allah. larangan-Nya kita tidak endah, suruhan-Nya kita buat endah tak endah bahkan kita menyekat kebaikkan yang orang lain buat dan menggalakkan kemusnahan.
walaupun pelbagai falsafah dan pandangan diberi dalam mendaulatkan Islam, tapi kita masih memandang bahawa kerja-kerju mulia itu sekadar menuntut kehendak hidup. bukan keperluan hidup sebagai seorang hamba Allah.
sekian.