"Usrah Rasa Hati"...

Hakikat kehidupan ini adalah ujian, ujian yang menentukan nilai diri kita, kualiti diri kita, dan kesudahan hidup kita. Apabila kita diujia dengan kesusahan, kita menyedari ujian yang diberikan, sebaliknya apabila kita diberi kenikmatan, terkadang kita tidak menyedari ujian Allah swt disebaliknya.


Manusia yang tidak dapat menjaga dan mengawal hati mereka, nikmat yang Allah swt berikan kepada mereka menjadi ujian samada mereka bersifat dengan sifat-sifat berikut;

  1. Sifat Tamak dan bakhil.
  2. Sifat sombong dan membangga diri.
  3. Sifat Riak.
  4. Sifat Ujub.
  5. Sifat Cintakan dunia, kemegahan dan takutkan mati.
  6. Hasad dengki.


Sifat Tamak


Abu Al-Husain Al-Waraq Al-Saaburi r.a; Barangsiapa mengetahui akan dirinya kasih akan sesuatu daripada dunia, maka membunuh ia akan dia dengan pedang Tamak; dan barangsiapa Tamak dalam sesuatu, maka hinalah baginya; dan dengan hinanya itu [maka] binasa[lah] ia.


Perasaan tamak dan kedekut, bakhil merupakan sifat mazmumah, sifat yang tercela pada diri seseorang. Rasa tamak menjadikan seseorang tidak marasa cukup dan berusaha untuk mendapatkan yang lebih. Seseorang yang sudah merasa seronok dan senang dengan nikmat yang diberikan, tidak mahu nikmat tersebut hilang darinya bahkan rasa ingin lebih seronok dengan nikmat, maka timbul rasa tamak yang akhirnya mereka menjadi hamba kepada nikmat dan keseronokan.


Tamak diibaratkan sebagai benih yang menumbuhkan pokok kehinaan. Dahan-dahan kehinaan akan menjalar dan terhulur ke sana ke mari. Penyakit tamak akan mengikis perasaan malu dan menghapuskan maruah diri dan memakaikan pakaian kehinaan kepada orang yang berkenaan. Dia menjadi hina pada pandangan makhluk dan lebih buruk lagi kedudukannya di sisi Allah s.w.t.


Orang yang tamak umpama anjing yang lidahnya sentiasa terjulur melihat apa yang ada di dalam tangan orang lain. Si anjing tidak memperdulikan apakah dia dimaki, dihalau atau dipukul asalkan dia boleh dapat apa yang dia mahu. Si tamak melihat seolah-olah rezeki yang diperuntukkan kepadanya tidak ada sempadan, sementara rezeki yang diperuntukkan kepada orang lain masuk ke dalam sempadan rezekinya, sebab itu menjadi haknya untuk mengambil apa yang masuk ke dalam sempadannya.


Si tamak tidak memperdulikan bagaimana dia mendapatkan apa yang dia hajati, apakah dengan menadah tangan, memujuk rayu, menipu atau memaksa.


Tamak timbul dari buruk sangka atau ragu-ragu dengan rezeki yang dijamin oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t menjaminkan rezeki kepada sekalian makhluk-Nya dan sebagai timbal balasnya hamba pula diberi tanggungjawab.


Orang yang ragu-ragu terhadap jaminan Allah s.w.t mencuaikan kewajipan yang diamanahkan kepadanya dan rajin mencari apa yang dijamin untuknya sehingga menceroboh sempadan yang menjadi jaminan untuk orang lain. Inilah yang terjadi pada orang tamak.


Bagaimana boleh dia menghampiri Allah s.w.t jika amanah yang diserahkan kepadanya diabaikannya dan tanggungjawab yang dipikulkan kepadanya dicampakkannya. Dia berasa ragu-ragu untuk menggunakan masa bersama-sama Allah s.w.t, bimbang rezeki yang dijamin tidak akan sampai kepadanya. Lantaran itu dia meninggalkan peluang bersama-sama Allah s.w.t kerana mengejar apa yang dia tamakkan. Orang ini memilih harta Allah s.w.t daripada Allah s.w.t yang menguasai harta itu.


Firman Allah swt;

إِنَّ الإِنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ وَإِنَّهُ عَلَى ذَلِكَ لَشَهِيدٌ وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ

Maksudnya; Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, Dan Sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya, Dan Sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta.

Firman Allah swt;

وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ

Maksudnya; Maka sesiapa yang bakhil, Sesungguhnya dia bakhil, terhadap dirinya sendiri. dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya).

"Usrah Rasa Hati"...

Hakikat kehidupan ini adalah ujian dari Allah swt. Kesenangan dan kesusahan yang dialami oleh seseorang bukanlah pada hakikat yang sebenarnya. Firman Allah swt;


الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ


Maksudnya; Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta. Al-Ankabut:1-3.


Nabi Sulaiman tatkala diberikan berbagai kelebihan, berkata;


قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ


Maksudnya; "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba Aku apakah Aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). dan barangsiapa yang bersyukur Maka Sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, Maka Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia".


Menjadi kewajipan kepada setiap manusia untuk bersyukur atas nikmat yang Allah swt berikan kepada kepada mereka. Manusia akan merasa gembira apabila menerima nikmat daripada Allah swt dan merasakan mereka disayangi dan dimuliakan oleh Allah swt. Firman Allah swt;


فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ


Maksudnya; Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: "Tuhanku Telah memuliakanku". Al-Fajr:15


Namun umat Islam yang beriman harus berhati-hati dan waspada, perlu menyedari dan merasakan bahawa nikmat kesenangan didunia ini bukan nikmat yang sebenarnya tetapi ia merupakan satu ujian dari berbagai ujian yang Allah berikan kepada manusia samada mereka ingat kepada Allah lalu bersyukur dengan nikmat tersebut dan Allah akan tambahkan lagi nikmatnya, atau sebaliknya mereka lupa lalu menjadi manusia yang sombong dan kufur kepada Allah swt dan mereka akan diberikan azab yang sangat berat. Firman Allah swt;


فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ


Maksudnya;Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru kami, Kemudian apabila kami berikan kepadanya nikmat dari kami ia berkata: "Sesungguhnya Aku diberi nikmat itu hanyalah Karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak Mengetahui. Al-Zumar:49.

Manusia biasanya apabila diuji dengan kepayahan dan kesusahan, mereka akan mudah ingat kepada Allah, lalu mereka bersabar, kembali kepadaNya dan meminta pertolongan kepadaNya. Sebaliknya apabila diuji dengan kesenangan dan kenikmatan, mereka mudah lupakan Allah. Firman Allah swt;

وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْأِنْسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَؤُوسٌ كَفُورٌوَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ نَعْمَاءَ بَعْدَ ضَرَّاءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ السَّيِّئَاتُ عَنِّي إِنَّهُ لَفَرِحٌ فَخُورٌ

Maksudnya; Dan jika kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari kami, Kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya, Pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata: "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku"; Sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga, Hud:9-11

Firman Allah swt;

وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْأِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَى بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ فَذُو دُعَاءٍ عَرِيضٍ

Maksudnya; Dan apabila kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, Maka ia banyak berdoa. Fussilat:51.


Orang yang diuji dengan diberikan kenikmatan, sekiranya mereka bersyukur, mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah swt. Tetapi sebaliknya sekiranya merek kufur terhadap nikmat Allah mereka akan disiksa oleh Allah swt dengan azab yang sangat berat. Oleh itu janganlah kita terlalu seronok atau terlalu gembira apabila dianugerahkan nikmat kerana sebenarnya ia merupakan ujian dari Allah swt, janganlah sombong, janganlah lupa diri, janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit, sebaliknya sentiasalah bermuhasabah dan ingatlah Alllah supaya kita berjaya dengan ujian nikmat yang diberikan dan menjadi hamba yang bersyukur.


Ibnu Qayyim al-Juzi berkata; sesiapa yang bersabar dalam keadaan senang dan mewah dari melakukan maksiat, sesungguhnya ia telah selamat dari fitnah harta, sedangkan ia boleh melakukan maksiat dengan kesenangan yang dimiliki, maka ia mendapat pahala yang besar atas kesabaran tersebut.

"Usrah Rasa Hati"...


Perkataan nikmat berasal dari perkataan bahasa Arab bererti pemberian dan anugerah seperti rezeki, harta dan sebagainya.

Dalam al-Quran perkataan nikmat digunakan dengan barbagai maksud nikmat antaranya;


1. Nikmat dengan maksud Agama Allah dan Kitabnya. Firman Allah swt;


سَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَمْ آتَيْنَاهُم مِّنْ آيَةٍ بَيِّنَةٍ وَمَن يُبَدِّلْ نِعْمَةَ اللّهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُ فَإِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


Maksudnya; Tanyakanlah kepada Bani Israil: "Berapa banyaknya tanda-tanda (kebenaran) yang nyata, yang Telah kami berikan kepada mereka". dan barangsiapa yang menukar nikmat Allah setelah datang nikmat itu kepadanya, Maka Sesungguhnya Allah sangat keras siksa-Nya. Al-Baqarah: 211.


2. Nikmat Bermaksud kesenangan, keselesaan dan serba mencukupi dalam kehidupan. Firman Allah swt;


فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ


Maksudnya; Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: "Tuhanku Telah memuliakanku". Al-Fajr:15


Oleh itu segala perkara yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada manusia, itu adalah nikmat samada disedari atau tidak disedari, samada dalam bentuk yang zahir seperti pemberian harta kekayaan, kesihatan tubuh badan, kehidupan yang baik, atau nikmat yang batin seperti hidayah dan pertunjuk agama Islam, ketenangan dan kebahagian dan lain-lain.


Nikmat dan Kelazatan.


Nikmat dan kelazatan, dua perkata yang saling berkaitan antara satu sama lain. Kelazatan, kesedapan, keenakan, keseronokan adalah antara unsur-unsur nikmat yang Allah swt berikan kepada manusia.


Tetapi tidak semua kelazatan, kesedapan, keenakan, keseronokan adalah nikmat dari Allah swt, bahkan mungkin satu niqmah dari Allah swt. Kelazatan, kesedapan, keenakan, keseronokan yang berasaskan nafsu syaitaniah, melakukan maksiat dan dosa bukanlah nikmat, tetapi ia adalah kecelakan dan kemurkaan Allah swt.


Manusia yang mengecapi berbagai kelazatan dan keseronokan dengan cara yang dibenarkan dan redhai Allah swt adalah orang yang mengecapi nikmat Allah dan kesyukuran terhadap nikmat tersebut sangat bererti.


Sebaliknya orang yang mengecapi keseronokan, kelazatan dengan cara yang bertentangan dengan ajaran Allah swt, maka mereka sebenarnya sedang melakukan maksiat dan penderhakaan terhadap Allah swt. Sekiranya mereka bersyukur dengan lidah mereka atas keseronokan dan nikmat tersebut, itulah syukur orang munafiq yang tidak ada nilai disisi Allah swt. Firman Allah swt;


وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ


Maksudnya; Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, Karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat. Al-Sood:26


Oleh itu Hakikat nikmat itu ialah segala anugerah dan pemberian yang diberikan kepada manusia dan dengan cara yang diredhai oleh Allah swt, sebaliknya sesuatu yang haram atau sesuatun yang diperolehi dengan cara yang haram, atau perkara yang baik tetapi digunakan pada perkara yang haram bukanlah nikmat tetapi niqmah dan kecelakaan ke atas pelakunya.


Nikmat yang hakiki adalah nikmat yang berkaitan dengan kebahagian yang berkekalan, iaitu nikmat yang membawa kebahagian di akhrat, itulah nikmat iman dan Islam, nikmat hidayah Allah swt, jalan lurus yang sentiasa dipohon. Firman Allah swt;


َمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا


Maksudnya; Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya al-Nisa':69.


Nikmat Dunia adalah nikmat sementara ia akan hilang apabila sampai masanya yang dikehendaki Allah, janganlah kita tertipu dengan nikmat dunia sehingga kita lupa nikmat yang hakiki yang membawa kepada kebahagiaan yang berkekalan. Firman Allah swt;


وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَى


Maksudnya; Dan Sesungguhnya hari Kemudian ( Kehidupan Akhirat ) itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang ( Kehidupan Dunia )

"Usrah Rasa Hati"...

Bersyukur adalah satu kewajipan, ia bermaksud setiap hamba mestilah bersykur kepada Allah swt atas segala nikmat yang telah diberikan. Manusia juga mesti bersyukur dan berterima kasih sesama manusia atas kebaikan dan jasa yang telah diberikan kepada mereka.

Sabda Rasulullullah s.a.w;

من لم يشكر القليل لم يشكر الكثير ومن لم يشكر الناس لم يشكر الله التحدث بنعمة الله شكر وتركها كفر


Maksudnya; Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, ia tidak akan bersyukur dengan yang banyak, sesiapa yang tidak bersyukur sesama manusia, ia tidak bersyukur dengan Allah swt, Menceritakan nikmat Allah adalah bersyukur dan meninggalkannya adalak kekufuran.


Akibat buruk kerana tidak bersyukur.


1. Mendapat kemurkaan Allah swt, dan di akhirat nanti Allah janjikan azab yang pedih dan menyakitkan. Mereka adalah orang-orang yang kufur, kafir nikmat Allah swt.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


Maksudnya; Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu, sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat ku, tetapi ingat sekiranya kamu kufur nikmat aku sesunngguhnya azab aku sangat besar.


2. Orang yang tidak bersyukur akan menjadi orang yang sombong, takabbur dan sentiasa menzalimi orang lain. Akibatnya mereka dibenci Allah, jauh dari rahmat Allah swt dan tidak disukai oleh orang lain.


3. Orang yang tidak bersyukur akan menjadi orang yang tamak, dan orang yang tamak ini sememangnya orang yang dicela. Tidak pernah merasa cukup yang akhirnya sikap tamak tersebut menjerumuskan mereka kedalam kancah maksiat dan kemurkaan Allah swt. Menzalimi dan menganiaya orang lain.


عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَيْنِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى وَادِيًا ثَالِثًا وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ


Maksudnya; Sekiranya menusia memiki dua lebah harta nescaya mereka mencari lembah yang ketiga, dan tidak dipenuhi perut manusia melainkan tanah, dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.


4. Orang yang tidak bersyukur, akan sentiasa menyalahkan orang lain apabila ditimpa musibah atau kesusahan, jauh sekali untuk muhasabah kesilapan diri sendiri, dan sering tidak redha dengan qada' dan qadar Allah swt, lebih malang apabila mereka menyalahkan Allah swt dan bersangka buruk terhadapnya.


5. Orang yang tidak tidak akan tenang, tidak akan bahagia, bah hidupnya sentiasa keluh kesah, tertekan dan tidak karuan disebabkan runtunan hawa nafsu yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia.


Kisah Pengajaran Orang Tidak Bersyukur dan.Tamak


إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ


Maksudnya; Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum MusaMaka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan kami Telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya Berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri".al-Qasas :76

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آَيَةٌ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ * فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُمْ بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِنْ سِدْرٍ قَلِيلٍ * ذَلِكَ جَزَيْنَاهُمْ بِمَا كَفَرُوا وَهَلْ نُجَازِي إِلَّا الْكَفُورَ


Maksudnya; Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): "Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun". Tetapi mereka berpaling, Maka kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah kami memberi balasan kepada mereka Karena kekafiran mereka. dan kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan Hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.Saba' 15-17.


وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ


Maksudnya; Dan Allah Telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. Al-Nahl:112

"Usrah Rasa Hati"...
Ketahuilah dan rasailah Nikmat Allah…yang ada pada kita..Sesungguhnya mengetahui dan mengenal nikmat, merupakan di antara rukun utama dalam bersyukur. Abu Darda’ mengatakan, “Barang siapa yang tidak mengetahui nikmat Allah selain makanan dan minumnya, maka bererti ilmunya adalah sedikit dan azab telah menimpanya”.


Nikmat-Nikmat yang Utama

Nikmat Allah tidak terhingga banyaknya dan di antara yang utama yang perlu untuk kita sedari dan syukuri ialah:


(1) Nikmat Islam dan Iman

Demi Allah, inilah nikmat yang terbesar, d imana Allah menjadikan kita sebagai Muslim. Sufyan Ibnu Uyainah berkata, “Tidak ada satu nikmat pun dari Allah untuk hambaNya yang lebih utama, daripada diajarkannya kalimat tahid .”


(2) Penangguhan Azab (balasan) Ke atas Dosa Dan DiTutupnya Dosa Kita.

Ini juga merupakan nikmat yang sangat besar, kerana jika setiap kali kita melakukan dosa lalu Allah Terus membalasnya, maka tentu seluruh alam ini akan binasa. Akan tetapi Allah memberikan kesempatan kepada kita untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Firman Allah,

وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً

“Dan (Dia) menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin” (Luqman: 20).

Berkata Muqatil, “Adapun (nikmat) yang lahir (nampak) adalah Islam, sedangkan yang batin adalah ditutupnya kemaksiatan yang dilakukan kalian.”


(3) Peringatan

Peringatan adalah termasuk nikmat yang besar dan ini merupakan salah satu ketelitian Allah agar hamba-Nya tidak terlena. Tanpa kita duga terkadang ada seseorang yang datang meminta makanan atau sesuatu kepada kita, hikmahnya dengan perantaraan orang yang sedang kesusahan tersebut akan membuat kita ingat terhadap nikmat yang diberikan Allah.


(4) Terbukanya Pintu Taubat

Adalah nikmat yang sangat besar dari Allah sekiranya terbukanya pintu taubat kepada kita, walau sebanyak manapun dosa dan kemaksiatan kita. Selagi nafas belum sampai di halkum dan selagi matahari belum terbit dari barat, maka pintu taubat sentiasa terbuka.


(5) Kesihatan, Kesejahteraan Dan Keselamatan Anggota Badan


Salman al-Farisi mencerikan tentang seorang yang diberi harta melimpah lalu kenikmatan tersebut dicabut, sehingga dia jatuh miskin namun orang tersebut masih memuji Allah. Maka ada seorang bertanya, “aku tidak tahu, atas alasan apa engkau masih memuji Allah? Dia menjawab, “Aku memujiNya atas sesuatu yang andainya aku diberi seluruh yang diberikan kepada manusia, maka aku tidak mahu menukarnya”. Orang itu bertanya, “Apakah benda itu?” Dia menjawab, “Apakah engkau tidak memperhatikan kesejahteraan penglihatanmu, lisanmu, kedua tangan dan kakimu?”


(6) Nikmat Harta (Makan Minum dan Pakaian)


Aisyah r.a. berkata, “Tidaklah seorang hamba yang meminum air sejuk, lalu masuk ke dalam perut dengan lancar tanpa ada gangguan dan keluarnya juga dengan lancar, kecuali wajib baginya bersyukur”