"Usrah Rasa Hati"...


Istiqamah bermaksud mengamalkan sesuatu suruhan secara terus-menerus tetap, konsisten, tidak berubah-ubah, berdiri teguh dalam melaksanakan tuntutan agama walau dalam apa juga keadaan, godaan dan rintangan kecuali dalam keadaan dharurat dan terdesak.


Istiqamah adalah antara kewajipan dan tuntuan agama. Firman Allah swt;


فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ


Maksudnya; Maka beristiqamahlah sebagaimana kamu diperintahkan bersama orang-orang yang bertaubat dan jangan melampaui batasan, sesungguhnya Ia melihat apa yang kamu lakukan.Hud:112.


Sabda Rasulullah saw;


عن سفيان بن عبد الله ( أنه ) قال: قلت يا رسول الله! قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا بعدك قال: قل آمنت بالله ثم استقم


Maksudnya; Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’.


Sabda Rasulullah saw;


وَأَنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ


Maksudnya; Dan sesungguhnya amalan yang sanyat disukai Allah swt ialah amalan yang berterusan sekalipun sedikit.

Sabda Rasulullah saw;


رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya;Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang-teguh dengannya, iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya


Seseorang yang beriman wajib istiqamah dan iltizam dalam melaksaanakan tuntutan agama samada dalam bentuk melaksanakan yang disuruh atau meninggalkan yang dilarang.


Bagaimana untuk istiqamah dalam ketaatan ?

Untuk istiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama;


  1. Keimanan dan keyakinan terhadap tuntutan agama yang perlu ditunaikan. Tanpa keimanan dan keyakinan, hidayah dan gerakan hati untuk melakukannya tidak ada.


  1. Ilmu pengetahuan terhadap tuntutan yang perlu dilakukan. Dengan adanya ilmu terhadap syariat Islam, seseorang dapat memahami hikmah dan tujuan dari peangamalan suatu kewajipa.


  1. Kesedaran kewajipan istiqamah dalam melakukan kewajipan. Orang yang sedar dengan tanggungjawab awama adalah orang yang hatinya hidup, sentiasa peka dan sensitiv dengan tuntutan agama.


  1. Penghayatan, tanpa penghayatan terhadap kewajipan agama, tiada kelazatan dalam beramal, tiada keseronokan dalam beribadah, akhirnya semangat luntur dan pudar dan sedikit demi sedikit keajipan agama ditinggalkan.


  1. Sentiasa melakukan tazkiyatun nafsu, kerana hanya hati yang bersih dari sifat-sifat mazmumah akan merasa tenang dan bahagia dengan ketaatan kepada Allah swt.


  1. Mujahadatun nafs. Komited dan istiqamah dengan ketaatan adalah sesuatu yang berlawanan dengan nafsu, justeru ia perlu dilawan agar diri tidak tunduk dengan runtunan hawa nafsu.
"Usrah Rasa Hati"...


Di 10 malam terakhir dibulan Ramadhan merupakan kemuncak kepada amalan-amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan. Sayugianya jangan dibiarkan malam-malam ramadhan berlulu pergi tanpa mendapan keampunan dan pelepasan dari azab neraka.


Sifat Rasulullah saw apabila berada di 10 yang akhir bulan Ramadhan.


عن عائشة قالت كان رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) إذا دخلت العشر الأواخر من رمضان أيقظ أهله وأحي الليل وشد المئزر

Maksudnya; Apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah saw membangunkan ahli keluarganya, menghidupkan malam dan mengikat kainnya (iaitu mengasingkan diri dari isterinya )


كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُوقِظُ أَهْلَهُ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، وَيُشَمِّرُ فِيهِنَّ.


Maksudnya; Nabi akan membangunkan ahli keluarganya pada 10 terakhir bulan Ramadhan dan bersungguh-sungguh padanya.


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ اجْتِهَادًا ، لاَ يَجْتَهِدُه فِي غَيْرِهِ


Maksudnya; Rasulullah saw bersungguh-sungguh dalam beribadat pada 10 terakhir bulan Ramadhan, kesungguhan yang tidak pada waktu yang lain.


Mengapa kesungguhan itu melebihi dari kesungguhan di sepuluh yang terakhir bulan Ramadhan? Kerana anugerah Allah yang sangat besar iaitu malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.


Firman Allah swt:


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ .


Maksudnya; Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Sabda Nabi saw;


عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ عَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ


Maksudnya; Carilah malam lailatul qadar pada hari-hari yang ganjil di sepuluh terkakhir bulan ramadhan.


Amalan di 10 terakhir Ramadhan ialah dengan menghidupkan malan ( qiamullail ) dengan melakukan amalan berikut


  1. Beriktikaf di masjid.
  2. Berzikir
  3. Bertasbih
  4. Bertahmid
  5. Istighfar
  6. Membaca al-Quran.
  7. Sembahyang sunat khususnya solat Tarawih dan solat Tahajjud dan solat-solat sunat yang lain.

"Usrah Rasa Hati"...


Alhamdulillah kesyukuran kita panjatkan kehadrat Ilahi, kita telah berada dihari yang ke 13 Ramadhan semoga kita dilimpahi rahmat dari Ilahi. Dalam perjalanan Ramadhan kkali ini, kita berada di peringkat pertengahan bulan Ramadhan, tempoh keampunan dari Allah swt. Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita semoga keampunan Allah bersama kita semua.


Sebagai manusia biasa, terlalu banyak dosa dan kesalahan yang kita lakukan, samada dosa terhadap Allah swt mahupun dosa sesama manusia, samada dosa berkaitan hati atau perbuatan kita.


Kita selalu lupakan Allah, hasad dengki, pemarah, tidak sabar, cintakan dunia, sangka buruk, putus asa, keluh kesah, tidak mahu bertaubat., tidak takut kepada Allah, tidak merasai kehebatan dan kebesaran Allah swt. Tidak khusyu' dalam sembahyang dan lain-lain


Disamping dosa-dosa zahir yang sering dilakukan seperti melewat-lewatkan sembahyang, meninggalkan sembahyang, berdusta, menfitnah, menzalimi orang lain, tidak melaksanakan hukum Allah swt dan lain-lain.


Mengapa kita mendambakan keampunan Allah ?


Manusia yang sering melakukan dosa terlalu mendambakan maghfirah Allah swt kerana;


1. Mendapatkan keredhaan Allah swt kerana dengan keredhaan Allah itulah kejayaan yang sebenar.


رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Maksudnya; Allah meredhai mereka dan mereka menerima Allah sebagai Tuhan, demikian itu adalah kemenanan yang besar.


2. Menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan. Hanya dengan keampunan yang diberikan oleh Allah dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.


وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya; Berikanlah keampunan.. kemaafan.. Tidakkah kamu suka agar Allah mengampunkan kamu ? Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi memberi rahmat


3. Rasa hampir dengan Allah swt. Orang yang sentiasa mengharapkan keampunan Allah akan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah swt.


وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ


Maksudnya; Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui


4. Merasai dan mengecapi kebahagian. Orang yang mendapat keampunan Allah, mendapat keredhaan Allah akan merasai kebahagiaan yang hakiki, didunia dan akhirat.


أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ


Maksudnya; Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.