Beberapa faktor yang boleh mengilang dan mengikis sifat sabar pada diri seseorang ialah seperti berikut;
1. Sikap isti'jal, ingin cepat gopoh. Biasanya tindakan ingin cepat gopoh di sebut sebagai tidak sabar. Allah swt menjadikan manusia dengan salah satu sifat manusia ialah suka cepat. Firman Allah swt; al-Anbia':37.
خُلِقَ الْإِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ
Maksudnya; Manusia Telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.
Kerana itulah orang beriman perlu mujahadah untuk melawan sifat isti'jal dan bersabar dalam menunggu hasil sesuatu usaha sebagai para rasul sentiasa sabar dalam usaha dakwah walaupun tidak ramai yang menyambut dakwah yang disampaikan.
Firman Allah swt; al-Ahqaf:35
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ
Maksudnya; Maka Bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul Telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka
Sabda Rasulullah s.a.w;
التأني من الله و العجلة من الشيطان
Maksudnya; Berhati-hati itu daripada Allah dan tergesa-gesa itu daripada syaitan.
Sabda Rasulullah s.a.w;
العجلة من الشيطان إلا في خمسة فإنها سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم : إطعام الضيف وتجهيز الميت وتزويج البكر وقضاء الدين .
Maksudnya; Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam
2. Marah.
Apabila seseorang marah maka hilang sifat sabar dalam dirinya. Apabila seseorang marah maka di akan melakukan perbuatan yang diluar dari batas-batas kesabaran. Kerana itulah apabila kita dapat menahan dari sifat marah, kita menjadi orang yang sabar.
Firman Allah swt;
فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُنْ كَصَاحِبِ الْحُوتِ إِذْ نَادَى وَهُوَ مَكْظُومٌ
Maksudnya; Maka Bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya) (al-Qalam:48)
3. Putus Asa.
Apabila kita berputus asa bererti kita tidak sabar atas ujian yang menimpa. Kerana itulah haram bagi orang beriman berputus asa. Orang yang putus asa tidak sabar atas apa yang berlaku lalu menyalahkan orang lain dan tidak redha dengan ketetapan Allah swt.
Firman Allah swt;
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Maksudnya; Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. ( Ali-Imran:139)
Catat Ulasan