Di 10 malam terakhir dibulan Ramadhan merupakan kemuncak kepada amalan-amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan. Sayugianya jangan dibiarkan malam-malam ramadhan berlulu pergi tanpa mendapan keampunan dan pelepasan dari azab neraka.
Sifat Rasulullah saw apabila berada di 10 yang akhir bulan Ramadhan.
عن عائشة قالت كان رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) إذا دخلت العشر الأواخر من رمضان أيقظ أهله وأحي الليل وشد المئزر
Maksudnya; Apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah saw membangunkan ahli keluarganya, menghidupkan malam dan mengikat kainnya (iaitu mengasingkan diri dari isterinya )
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُوقِظُ أَهْلَهُ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، وَيُشَمِّرُ فِيهِنَّ.
Maksudnya; Nabi akan membangunkan ahli keluarganya pada 10 terakhir bulan Ramadhan dan bersungguh-sungguh padanya.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ اجْتِهَادًا ، لاَ يَجْتَهِدُه فِي غَيْرِهِ
Maksudnya; Rasulullah saw bersungguh-sungguh dalam beribadat pada 10 terakhir bulan Ramadhan, kesungguhan yang tidak pada waktu yang lain.
Mengapa kesungguhan itu melebihi dari kesungguhan di sepuluh yang terakhir bulan Ramadhan? Kerana anugerah Allah yang sangat besar iaitu malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Firman Allah swt:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ .
Maksudnya; Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Sabda Nabi saw;
عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ عَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ
Maksudnya; Carilah malam lailatul qadar pada hari-hari yang ganjil di sepuluh terkakhir bulan ramadhan.
Amalan di 10 terakhir Ramadhan ialah dengan menghidupkan malan ( qiamullail ) dengan melakukan amalan berikut
- Beriktikaf di masjid.
- Berzikir
- Bertasbih
- Bertahmid
- Istighfar
- Membaca al-Quran.
- Sembahyang sunat khususnya solat Tarawih dan solat Tahajjud dan solat-solat sunat yang lain.
Janganlah kita mengsia-siakan peluang yang ada.
Sama-samalah mencari keredhaan ALLAH.